Beberapa mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai
kesihatan lelaki. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan tanggapan
sebenar anda mengenai kesihatan lelaki.
1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.
Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut
menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan
liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin
pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.
2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.
Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu
memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan
memakai seluar dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak
konsisten.
3. Semakin banyak anda bercukur semakin tebal janggut anda.
Saiz dan bentuk folikel rambut menentukan ketebalan dan tekstur
rambut anda. Sama ada ia adalah tebal dan kasar atau nipis dan lembut.
Bulu mungkin akan menjadi lebih kasar, tetapi bercukur tidak akan
mengubah saiz atau bentuk folikel, maka bercukur dengan kerap tidak akan
menyebabkan janggut anda menjadi tebal.
4. Semakin besar saiz kasut, semakin besar penis.
2 orang pakar urologi dari Hospital St. Mari di London telah
melakukan kajian melibatkan 104 orang lelaki dan mendapati tiada
statistik yang signifikan membabitkan saiz kasut dan kepanjangan penis.
5. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18.
Benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang
tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan
prestasi seksual seseorang.
6. No pain, no gain. Sekiranya anda tidak berasa sakit ketika workout, ia adalah tidak efektif.
Tidak benar. Anda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout
sekiranya anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang
berkaitan dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan
sekiranya anda terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah
anda melakukan sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya,
bukannya sehingga anda berasa sakit.
7. Banyak lelaki mati disebabkan kanser prostat berbanding dengan kanser-kanser yang lain.
Tidak benar. Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang
menyerang lelaki mahupun wanita. Dan kanser prostat adalah yang kedua.
8. Lelaki tidak akan dapat kanser payudara.
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia
sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara
dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang
semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki
atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen
yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu
meningkatkan risiko kanser payudara.
9. Lelaki tidak perlu menghiraukan tentang osteoporosis.
Tidak benar. Osteoporosis merupakan penyakit yang menyebabkan tulang
manusia menjadi semakin lemah dan tidak kuat menyebabkan risiko patah
mudah berlaku. Ia jarang berlaku pada lelaki kerana lelaki mempunyai
tulang yang lebih kuat dan mereka tidak mengalami proses menopaus yang
menyebabkan perubahan hormon yang mendadak. Walaubagaimanapun, terdapat
lelaki yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis terutama
apabila umur mereka semakin tua. Faktor risiko lelaki adalah seperti
umur, tahap hormon testosteron yang rendah, alkohol berlebihan, merokok,
penyakit usus, penggunaan steroid dan tubuh badan yang tidak bergerak.
10. Penis lelaki boleh patah.
Benar. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan
tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang
ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis
patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya
melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.
http://psipum.org/mitos-fakta-kesihatan-lelaki/