Kesihatan Wanita – Apa Itu Selaput Dara

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Ikuti persoalan di bawah ini mengenai selaput dara.


SOALAN:
Saya berumur 25 tahun dan mula datang haid ketika berumur 12 tahun.
Selepas dua kali datang haid (ketika itu haid datang teratur), sehingga kini saya tidak didatangi haid. Saya dan keluarga sudah berusaha untuk merawat penyakit saya.

Saya juga berjumpa dua doktor pakar, tetapi tiada perubahan. Ketika saya berjumpa doktor pakar, doktor memberikan beberapa jenis ubat secara berperingkat. Saya berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali dan ketika membuat rawatan sebanyak tiga kali itu, doktor memberikan tiga jenis ubat berlainan mengikut kesannya.
Apakah yang perlu saya lakukan kini? Adakah benar mereka yang mengalami masalah seperti saya ini sukar untuk hamil kelak?
 
JAWAPAN:
Adakah anda maksudkan selama ini, anda hanya didatangi haid sebanya dua kali iaitu ketika baligh dan sebulan selepas itu? Adakah benar ia haid? Jika benar, setidak-tidaknya ia bermakna anda mempunyai ovari (yang mengeluarkan hormon haid), rahim (tempat pembentukan lapisan endometrium atau haid), laluan serviks (pintu rahim) dan faraj yang sempurna (laluan keluar darah haid dari rahim).

Bagaimanapun, sekiranya haid sudah tiada untuk tempoh yang lama, kemungkinan masalah pada ovari atau bahagian lain seperti kelenjar tiroid atau bahagian kelenjar pituitari otak (yang mengeluarkan hormon pengawal) perlu diselidiki.

Memberikan ubat mendatangkan haid hanya menggantikan hormon estrogen dan progesteron yang mungkin kekurangan atau tiada pada anda. Ia menjadikan anda seolah-olah bergantung kepada ubat terbabit.

Ujian asas dan lanjutan perlu untuk mengenal pasti dari organ mana punca masalah anda. Ukuran rahim dan kedua-dua ovari (sama ada mengecil) dapat memberi panduan. Lazimnya ia berupa ujian darah sebelum ujian lanjutan (radiologi, ujian darah yang lain) dilakukan berdasarkan hasil ujian asas.

Melayukini.net - Sangat elok jika anda mengetahui nama ubat yang diambil serta menyimpan salinan hasil ujian yang dijalani untuk fail bagi rujukan kemudian hari. Ia juga dapat menjimatkan dan tidak perlu diulangi sekiranya anda berjumpa doktor lain.

http://melayukini.net/2012/04/kesihatan-wanita-apa-itu-selaput-dara/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...