Makan Tiram dan Kerang Tambah Keperkasaan


Dipercayai dengan makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah ‘keperkasaan’ lelaki. Sama ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya mengandungi mineral zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang. Ini boleh dikaitkan dengan penemuan kajian yang mendapati kekurangan kadar zink dalam badan boleh menyebabkan pengurangan jumlah sperma.

http://www.wangcyber.com/forum/health-and-fitness/50970-10-info-untuk-kesihatan-lelaki.html#.UPGasPJBmkU

Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat

 

Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan.

Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

http://www.wangcyber.com/forum/health-and-fitness/50970-10-info-untuk-kesihatan-lelaki.html#.UPGasPJBmkU

15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.

fakta aktiviti berlebihan membahayakan kesihatan wanita

Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang: 

1. Terlalu lama berdiri:
  • Merosakkan tulang.
  • Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  • Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
  • Merosakkan lipatan daging.
  • Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  • Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
  • Merosakkan urat.
  • Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
  • Merosakkan darah.
  • Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
  • Merosakkan tenaga.
  • Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  • Selalu berangan-angan.
  • Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  • Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
  • Merosakkan usus
  • Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah
  • Merosakkan hati.
  • Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
  • Merosakkan limpa
  • Kulit muka cepat berkedut
  • Haid tidak menentu
  • Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  • Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
  • Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
  • Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
  • Merosakkan ginjal.
  • Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
  • Merosakkan pundi hempedu.
  • Gejala pening kepala kerap dialami.
  • Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
  • Merosakkan pencernaan.
  • Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  • Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais
  • Merosakkan otot dan lambung.
  • Badan dan payudara menjadi lembik.
  • Berat badan meningkat.
  • Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
http://fitrihadi.com/2012/08/aktiviti-berlebihan-membahayakan-kesihatan-wanita/

Ancaman Ubat Kuat Seks


KUALA SELANGOR: Lambakan ubat kuat seks tradisional atau moden di pasaran yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan ancaman kepada pengguna di daerah ini  terutamanya  yang mengalami masalah hubungan kelamin.
Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Dr Mohamed Azahar Mohamed Nawi berkata, Kuala Selangor juga tidak terkecuali berdepan dengan lambakan ubat peransang yang dijual di farmasi atau kedai ubat disebabkan wujudnya permintaan orang ramai.

Menurutnya, memang mudah untuk memperdaya pengguna yang mengalami masalah hubungan kelamin dengan hanya menjanjikan kepuasan kepada mereka sedangkan jika tersilap langkah akan membuatkan pengguna merana atau mungkin menyebabkan mati pucuk.

“Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKSKS) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penjualan ubat atau pil kuat ini di pasaran dan hanya mampu untuk memberi nasihat atau menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sesuai untuk mengambil ubat tersebut atau tidak.

“Bukan semua pengguna boleh mengambil ubat ini kerana boleh mengundang bahaya terutamanya pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang,” katanya yang diminta mengulas isu penggunaan ubat perangsang seks yang mula berleluasa di daerah ini.

Mohamed Azahar berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan beberapa jenis ubat yang mempunyai kelulusan kementerian yang boleh didapati di hospital, klinik dan farmasi, namun mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

“Ini kerana kemungkinan yang dikhuatiri  mengambil ubat  tanpa nasihat daripada doktor atau yang tidak diluluskan kementerian, ia boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa pendek atau panjang bergantung kepada kesesuaian ubat itu kepada pesakit.

“Mungkin ubatan seumpama ini memberi keupayaan atau membantu mengatasi masalah mereka dalam masa singkat, namun kita bimbang jika ubat dicampurkan dengan bahan kimia yang berbahaya, ia mungkin akan memudaratkan pesakit dengan kesan sampingan lain.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil pil, kapsul atau jamu yang dijanjikan akan memberi kesan yang memuaskan tanpa meneliti terlebih dahulu preskripsi yang disediakan sama ada mempunyai kelulusan kementerian dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,” katanya.

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/186391-ancaman-ubat-kuat-seks.html

Jangan Amalkan Makan Panadol Jika Sakit Kepala

 

Jom kita baca kisah yang telah di share oleh seorang blogger..

Jangan ambil pa...nadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


http://penpatah.blogspot.com/2012/12/info-jangan-amalkan-makan-panadol-jika.html

Sayangi diri anda lebih dari orang lain

 

Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html

Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua

 

Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...