Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:
1. Terlalu lama berdiri:
- Merosakkan tulang.
- Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
- Liang faraj sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
- Merosakkan lipatan daging.
- Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
- Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
- Merosakkan urat.
- Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
4. Terlalu lama melihat
- Merosakkan darah.
- Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
- Merosakkan tenaga.
- Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
- Selalu berangan-angan.
- Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
- Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
- Merosakkan usus
- Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
7. Terlalu kerap marah
- Merosakkan hati.
- Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
- Merosakkan limpa
- Kulit muka cepat berkedut
- Haid tidak menentu
- Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
- Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
- Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
- Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
- Merosakkan ginjal.
- Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
- Merosakkan pundi hempedu.
- Gejala pening kepala kerap dialami.
- Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
- Merosakkan pencernaan.
- Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
- Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).
14. Terlalu minum minuman berais
- Merosakkan otot dan lambung.
- Badan dan payudara menjadi lembik.
- Berat badan meningkat.
- Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
- Merosakkan fikiran.
- Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
No comments:
Post a Comment