Beberapa
mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai kesihatan lelaki
sering dijadikan sebagai rujukan. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan
tanggapan sebenar andamengenai kesihatan lelaki. Mitos ini adakalanya
boleh menjadikan kita keliru, namun ia bergantung kepada kajian yang
dilakukan. Jom lihat apakah mitos dan fakta di bawah ini.
1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.
Mitos:
Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan
kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang
rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus
dan akhirnya tiada rambut.
2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.
Walaupun
terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi
kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar
dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.
3. Semakin banyak anda bercukur semakin tebal janggut anda.
Saiz
dan bentuk folikel rambut menentukan ketebalan dan tekstur rambut anda.
Sama ada ia adalah tebal dan kasar atau nipis dan lembut. Bulu mungkin
akan menjadi lebih kasar, tetapi bercukur tidak akan mengubah saiz atau
bentuk folikel, maka bercukur dengan kerap tidak akan menyebabkan
janggut anda menjadi tebal.
4. Semakin besar saiz kasut, semakin besar penis.
2
orang pakar urologi dari Hospital St. Mari di London telah melakukan
kajian melibatkan 104 orang lelaki dan mendapati tiada statistik yang
signifikan membabitkan saiz kasut dan kepanjangan penis.
5. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18.
Benar,
pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi.
Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual
seseorang.
6. No pain, no gain. Sekiranya anda tidak berasa sakit ketika workout, ia adalah tidak efektif.
Tidak
benar. Anda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout sekiranya
anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang berkaitan
dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan sekiranya anda
terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah anda melakukan
sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya, bukannya
sehingga anda berasa sakit.
7. Banyak lelaki mati disebabkan kanser prostat berbanding dengan kanser-kanser yang lain.
Tidak
benar. Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang
lelaki mahupun wanita. Dan kanser prostat adalah yang kedua.
8. Lelaki tidak akan dapat kanser payudara.
Tidak
benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat
jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan
lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin
lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau
perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang
tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan
risiko kanser payudara.
9. Lelaki tidak perlu menghiraukan tentang osteoporosis.
Tidak
benar. Osteoporosis merupakan penyakit yang menyebabkan tulang manusia
menjadi semakin lemah dan tidak kuat menyebabkan risiko patah mudah
berlaku. Ia jarang berlaku pada lelaki kerana lelaki mempunyai tulang
yang lebih kuat dan mereka tidak mengalami proses menopaus yang
menyebabkan perubahan hormon yang mendadak. Walaubagaimanapun, terdapat
lelaki yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis terutama
apabila umur mereka semakin tua. Faktor risiko lelaki adalah seperti
umur, tahap hormon testosteron yang rendah, alkohol berlebihan, merokok,
penyakit usus, penggunaan steroid dan tubuh badan yang tidak bergerak.
10. Penis lelaki boleh patah.
Benar.
Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica
albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika
berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan
sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan
pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.
Info : http://ping.busuk.org/v/361047/10-mitos-dan-fakta-tentang-kesihatan-lelaki-mesti-baca.html
No comments:
Post a Comment