Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Disfungsi Erektil (ED) ?




Erectile Dysfunction (ED) atau Disfungsi Erektil adalah ketidakupayaan zakar untuk mengekalkan atau mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

sumber :http://intimku.com/2007/02/26/soal-jawab-kesihatan-seksual-lelaki/


Sperma Lemah


LELAKI sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Justeru, jika seseorang lelaki diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, dia perlu memakan ubat itu sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.

Namun jika bilangan sperma dihasilkan kurang, keadaan itu dikenali sebagai ‘Oligospermia’ atau ‘Oligozoospermia’.

Bagi lelaki yang ada banyak sperma tetapi sebilangan besar tidak berbentuk normal atau kurang 30 peratus berbentuk tidak normal, keadaan itu dikenali sebagai ‘Teratospermia’, manakala jika sebilangan besar sperma itu tidak bergerak aktif dan sehala atau lebih 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, masalah itu dikenali sebagai ‘Asthenospermia’.

Kadangkala semua masalah sperma itu berlaku sekali gus dengan bilangan sperma kurang, termasuk peratusan sperma yang kurang aktif dan yang berbentuk tidak normal. Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom OTA (Oligo, Terato dan Astheno).

Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jika perlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan.

Aspek fizikal juga perlu dalam mengatasi masalah sperma seperti perlu mengelak pakaian ketat, merokok, terdedah kepada bahang dan suasana tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti panas dan terdedah kepada kimia.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada lelaki yang satu ketika dulu mempunyai bilangan dan kualiti sperma cemerlang kemudian menghadapi masalah berkenaan.

Perlu diingatkan, masalah sperma boleh berlaku kepada lelaki yang sebelum ini dapat menghamilkan pasangannya tetapi kemudian mendapati dirinya gagal berikutan masalah sperma yang tercetus.

Sebilangan lelaki ada buah zakar kecil, sekali gus kilang spermanya tidak dapat menghasilkan sperma atau menghasilkan kurang sperma. Ada yang mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberikan, keadaan mereka akan pulih.

Jalani pemeriksaan kesuburan bersama pasangan.

Usah berlengah mendapatkan rawatan kerana lagi cepat masalah dikesan, lebih mudah dan cepat kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan itu dapat dijalankan.

Ada juga lelaki mengalami masalah pembuluh darah buah zakar yang berpintal-pintal dan ini dikenali sebagai Varikosel.

http://sakit-tuan.blogspot.com/2012/01/sperma-lemah.html

Senaman Untuk Batin Lelaki

Senaman harimau bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah.

Padi Bukit

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali

Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.


Nafas Pertapa

1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali

Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.





Rentak Urutan

1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar

Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.





Tarik Sepadan

1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai
5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal

Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.





Rentak Lentang

1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal

Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.





Tepis Jengking

1. Duduk bersila
2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas

Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.





Matahari Naik

1. Duduk bersila dan tegakkan belakang
2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas

Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.




Lenjang Gajah

1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin.



Cakar Harimau

1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

6 Tip Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma

Tidak diragukan bahawa memiliki sperma dalam jumlah yang banyak, menghasilkan orgasme (kepuasan) lebih lama termasuk meningkatkan hasrat seks.

Sperma yang banyak juga merupakan tanda sistem reproduksi yang sihat. Jika anda ingin menyirami pasangan dengan cinta atau ingin menjadi calon ayah, inilah beberapa tip untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu jumlah sperma.

1. Berhenti merokok
Jika anda seorang perokok waktu ini, maka berhentilah. Selain menyebabkan nafas berbau, merokok juga dapat mempengaruhi jumlah sperma. Kajian menunjukkan perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding dengan lelaki yang tidak merokok.

2. Elak pakai seluar dalam yang ketat dan panas

Sebaiknya, pastikan zakar anda berada dalam suhu sejuk berbanding suhu bahagian tubuh lain. Memakai seluar dalam atau tight boxer yang ketat akan sebabkan suhu di sekitar zakar menjadi panas kerana pengaliran undara tidak menentu. Elak dari memakai seluar dalam sewaktu tidur untuk menjaga suhu bahagian tubuh itu sentiasa selesa.
3. Pemakanan yang sihat
Yakin atau tidak, pola pemakanan mempengaruhi proses pengeluaran sperna. Cuba amalkan makanan yang rendah lemak dan berprotein tinggi. Pilih sayur-sayuran dan jenis bijiran yang baik untuk kesihatan.

4. Kurangkan hubugan seks dan onani

Ramai lelaki mengeluh dek kerana air maninya sedikit dan cair. Semakin kerap berejakulasi, maka semakin kurang kepadatan sperma. Demikian juga dengan perhubungan seks yang dilakukan setiap hari atau lebih buruk lagi beronani atau melancap. Hal sedemikian akan mempengaruhi jumlah dan kepadatan sperma.

5. Elak atau kurang pengambilan alkohol
Alkohol akan mempengaruhi fungsi lever yang secara langsung akan menyebabkan  peningkatan jumlah estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi dalam tubuh akan mempengaruhi pengeluran sperma. Berhenti minum alkohol jika anda mahukan proses pengeluran sperma tidak terbantut.

6. Ambil suplemen vitamin
Sesetengah ubat mungkin boleh mengganggu proses pengeluaran sperma. Sebaliknya pengambilan suplemen dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran sperma. Beri tumpuan kepada suplemen yang mengandungi asam amino L-carnitine yang ada pada daging merah dan susu, serta L-arginine yang terdapat pada kekacang, telur dan daging. Pemakanan yang sihat akan meningkatkan mutu sperma.

Read more: http://www.jeringdaily.com/2012/08/enam-tip-penting-yang-perlu-kita-tahu.html#ixzz2uRVLppnx

8 Perkara Menunjukkan Kamu Seorang Gentlemen

Sopan Santun
Bukan bermakna kamu perlu bercakap seperti perempuan, tapi susun percakapan kamu bila bercakap dengan perempuan. Jangan terlalu kasar kerana hati perempuan sensitive dan cepat terasa. Percakapan dengan orang tua juga perlu dijaga.

Pegang Tangan
Pegang tangan teman wanita kamu ketika melintas jalan atau berjalan ditempat yang buat dia tak selesa. Dia akan berasa kamu benar-benar mahu melindunginya.

Ambil Berat
Jika kamu sedang dalam proses memikat seseorang, belajar mengambil berat tentang dia. Contohnya seperti jika dia mengadu tentang masalah di tempat kerja, dengar dan cuba pujuk dia.

Konsep ‘After You’
Dahulukan perempuan seperti bukakan pintu kedai untuknya, bukakan pintu kereta atau ambilkan makanan ketika di majlis perkahwinan teman.

8 Perkara Menunjukkan Kamu Seorang Gentlemen

Gambar: www.chupitangas.blogspot.com
Cakap Berlapik
Sekalipun dia nampak kurang sesuai dengan pakaiannya, kamu perlu bercakap berlapik untuk menyampaikan maksud kamu. ‘Mungkin baju ni tak sesuai untuk kita pergi lunch sayang, sebab dia cantik pakai waktu malam’.

Kentut dan Sendawa
Eyew! Perempuan kurang selesa lelaki yang begini. Mungkin perkara biasa pada kamu, tapi it’s a major turn off kalau kamu kentut dan sendawa dengan kuat dihadapan dia. Paling teruk bila sendawa berbau.

Minta Maaf
Seorang lelaki budiman tidak akan berkira jika dia melakukan kesalahan dan minta maaf dengan perempuan. Perempuan senang dengan lelaki tidak terlalu ego.

Merokok
Jika kamu seorang perokok tegar, cuba elakkan dari merokok dan hembus asap ke muka perempuan (yang tidak merokok). Terutamanya bila dalam kereta berdua, rata-rata perempuan tidak suka dengan asap rokok.

Info :  http://www.eh.com.my/artikel/perhubungan/8-perkara-menunjukkan-kamu-seorang-gentlemen/

Kepentingan Kuatkan Peha dan Kaki

 

Secara saintifiknya, otot peha adalah otot yang paling besar dan paling kuat dalam badan manusia, ia penting untuk memperkukuhkan posisi dan kestabilan badan ketika berdiri, berjalan, berlari mahupun dalam melakukan apa sahaja aktiviti fizikal. Jadi khas untuk lelaki, apa kebaikanya jika anda sentiasa berusaha untuk menguatkan otot kaki dan peha ini?


1. Meningkatkan prestasi hubungan kelamin

Pernah anda dengar tentang urutan cakar harimau atau apa – apa senaman dan urutan untuk mempertingkatkan prestasi tenaga batin bagi lelaki?

Sudah pasti majoriti lelaki diluar sana pernah membaca dan mendengar tentang perkara ini. Apa yang pasti, segala tips urutan dan senaman yang dikemukakan dan diperturunkan adalah untuk menguatkan otot bahagian kaki dan peha, kekuatan peha dan kaki sangat berkait rapat dengan kekuatan tenaga batin seseorang, sebab itulah kita disarankan untuk melakukan teknik – teknik senaman yang diperturunkan turun temurun untuk kebahagian rumah tangga kita.

Menurut laporan yang dikeluarkan Persatuan Andrology Malaysia, lebih dari 2.2 juta lelaki Malaysia telah dikenalpasti menderita masalah Lemah Tenaga Batin dan secara puratanya 60% lelaki ASIA juga  mengalami masalah lemah tenaga batin ini dan paling menyedihkan. 

Purata masa bertahan untuk lelaki dalam hubungan seksual hanya 5-8 minit. Untuk meningkatkan prestasi ini, bersukan adalah salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan prestasi tenaga batin seseorang, terutamanya senaman untuk menguatkan peha dan kaki kerana ia sangat berkait rapat dengan alat kekuatan alat kelamin seseorang lelaki.


2. Menyeimbangkan bentuk badan

Bagi seseorang atlet angkat berat mahupun atlet bina badan, keseimbangan pembesaran otot sangat penting untuk mendapatkan kekuatan dan keseimbangan badan yang maksimum disamping mendapatkan bentuk badan yang cantik dan sempurna. Bagi seorang yang mahu mendapatkan badan yang menarik, memiliki otot paha yang besar, kuat dan proporsional sangat penting bagi penampilan badan bahagian bawah (pinggang ke bawah).

Kebiasaanya seseorang yang ingin membentuk bdan agar nampak lebih hebat dengan otot – otot akan lebih cenderung dan banyak melakukan latihan angkat beban pada bahagian atas badan seperti dada dan lengan, ia akan menyebabkan perkembangan bentuk badan tidak sekata dan kurang menarik, jadi latihan menguatkan peha dan kaki bukan sahaja dapat menyeimbangkan perkembangan bentuk badan, dalam masa yang sama ia akan lebih member kekuatan kepada badan kita.

Dua kepentingan di atas cukup penting untuk menjamin kehidupan yang lebih bahagia dan ceria, untuk mendapatkan kekuatan peha dan kaki, pelbagai senaman boleh dilakukan, tetapi sebelum melakukan senaman kaki, kita perlulah tahu sedikit sebanyak tentang otot di bahagian peha dan kaki serta fungsi dan kepentinganya, antaranya

i. Otot Quadriceps, adalah otot manusia yang paling besar. Fungsinya untuk meluruskan kaki. Otot ini terletak di bagian depan paha dan terdiri atas 4 kepala, yakni Rectus Femoris, Vastus Intermedius, Vastus Medialis dan Vastus Lateralis. Jika dilatih dengan baik, bentuk dua kepala otot yang terakhir ini akan menyerupai titisan air mata.

ii. Otot Biceps Femoris (hamstrings), yakni otot yang terletak di bagian belakang paha. Fungsinya untuk menekuk kaki.

iii. Betis (calves)

iv. Otot Gastrocnemius, yakni otot betis yang paling menonjol yang terletak di bahagian belakang betis berbentuk seperti intan (diamond). Fungsinya adalah untuk menggerakkan telapak kaki.


Antara latihan untuk menguatkan kaki dan peha ini termasuklah, Squats, Lunges, leg extension dan banyak lagi latihan kaki yang sesuai dilakukan di gym mahupun di rumah. Ia terpulang kepada kita samada mahu melakukanya ataupun tidak. Sudah pasti anda di luar sana mahukan bentuk badan yang menawan dan dalam masa yang sama memberi kebahagian dalam hidup anda, jadi apa tunggu lagi?
Mari kita mulakan gaya hidup baru ini

Lima Petunjuk Taraf Kesihatan Lelaki – Lelaki Wajib Baca

Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan. Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.
 Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.
Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.

Berikut lima tanda atau petunjuk taraf kesihatan lelaki.

1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.

Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.

Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.

2. Warna air kencing

Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat.

Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.

3. Pancutan air mani


Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia – keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.

Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

5. Kulit anjal


Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.

Adakah anda lelaki yang sihat?

Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat. Biar pun lima signal itu tidak lengkap namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.

10 Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Lelaki (Mesti Baca!)





Beberapa mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai kesihatan lelaki sering dijadikan sebagai rujukan. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan tanggapan sebenar andamengenai kesihatan lelaki. Mitos ini adakalanya boleh menjadikan kita keliru, namun ia bergantung kepada kajian yang dilakukan. Jom lihat apakah mitos dan fakta di bawah ini. 

1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.
Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.

2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.
Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.

3. Semakin banyak anda bercukur semakin tebal janggut anda.
Saiz dan bentuk folikel rambut menentukan ketebalan dan tekstur rambut anda. Sama ada ia adalah tebal dan kasar atau nipis dan lembut. Bulu mungkin akan menjadi lebih kasar, tetapi bercukur tidak akan mengubah saiz atau bentuk folikel, maka bercukur dengan kerap tidak akan menyebabkan janggut anda menjadi tebal.

4. Semakin besar saiz kasut, semakin besar penis.
2 orang pakar urologi dari Hospital St. Mari di London telah melakukan kajian melibatkan 104 orang lelaki dan mendapati tiada statistik yang signifikan membabitkan saiz kasut dan kepanjangan penis.

5. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18.
Benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.

6. No pain, no gain. Sekiranya anda tidak berasa sakit ketika workout, ia adalah tidak efektif.
Tidak benar. Anda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout sekiranya anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang berkaitan dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan sekiranya anda terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah anda melakukan sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya, bukannya sehingga anda berasa sakit.

7. Banyak lelaki mati disebabkan kanser prostat berbanding dengan kanser-kanser yang lain.
Tidak benar. Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita. Dan kanser prostat adalah yang kedua.

8. Lelaki tidak akan dapat kanser payudara.
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.

9. Lelaki tidak perlu menghiraukan tentang osteoporosis.
Tidak benar. Osteoporosis merupakan penyakit yang menyebabkan tulang manusia menjadi semakin lemah dan tidak kuat menyebabkan risiko patah mudah berlaku. Ia jarang berlaku pada lelaki kerana lelaki mempunyai tulang yang lebih kuat dan mereka tidak mengalami proses menopaus yang menyebabkan perubahan hormon yang mendadak. Walaubagaimanapun, terdapat lelaki yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis terutama apabila umur mereka semakin tua. Faktor risiko lelaki adalah seperti umur, tahap hormon testosteron yang rendah, alkohol berlebihan, merokok, penyakit usus, penggunaan steroid dan tubuh badan yang tidak bergerak.

10. Penis lelaki boleh patah.
Benar. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.
Info :  http://ping.busuk.org/v/361047/10-mitos-dan-fakta-tentang-kesihatan-lelaki-mesti-baca.html

Petua Kesihatan Tenaga Batin Lelaki

 

Dalam penjagaan kesihatan, terutama berkenaan tenaga batin, masih terdapat segelintir lelaki yg tidak mengambil berat dan memandang remeh perkara ini. Mungkin ramai lelaki yg tidak mengetahui bahawa tabiat biasa yg sering dilakukan memberi kesan terhadap keupayaan mereka. Sesetengah membawa kesan serta merta dan ada yg mengambil masa panjang. Pelbagai petua dan pantang larang telah diajarkan oleh orang2 tua Melayu bagi menjaga kesihatan batin ini. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. Di sini diperturunkan beberapa petua lama yg berguna.

Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.

Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.

Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimalebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

Kurangkan dari memakan pisang Embun.

Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.

Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua


Info :  http://petua-percuma.tripod.com/17petua.htm

Makanan Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Pernahkah anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks, mungkin ini disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan corak pemakanannya sangat mempengaruhi hal ini. Cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda mengambilnya?

makanan seksual lelaki

Buah-buahan dan Sayuran
Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

Tomato
Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

Kacang
Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

Labu dan Kuaci
Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.

Tiram
Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Pisang
Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.

Tongkat Ali
Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya

Info :  http://www.eh.com.my/artikel/perhubungan/makanan-untuk-kesihatan-seksual-lelaki/

Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin


Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:

1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.

2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;

a ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai
mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.

b ) Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik
nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Pengirim : Zamri Talib

http://www.phero-max.com/petua_kesihatan_lelaki.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...