Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup
sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor
utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau
kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut
merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli
Hasil
daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran
seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi
kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki
berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang
lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih
brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser
pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya.
Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.
Penyakit
jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki
menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang
adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.
Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.
http://penpatah.blogspot.com/2012/09/5-makanan-baik-untuk-kesihatan-lelaki.html
No comments:
Post a Comment