Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup
sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor
utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau
kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut
merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.
1. Tomato @ Sos tomato
Lelaki
yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi
perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat
adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak
meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil
kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang
memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko
menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak
memakannya.
2. Tiram
2
atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk
sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi
lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana
ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar
testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap
hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut
menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli
Hasil
daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran
seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi
kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki
berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang
lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih
brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser
pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya.
Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.
Penyakit
jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki
menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang
adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.
Didapati
lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita
penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa
makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan
darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia
mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar
tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.
Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang
betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.
http://penpatah.blogspot.com/2012/09/5-makanan-baik-untuk-kesihatan-lelaki.html