Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun


Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html

Senaman Membina Peribadi Positif

 

Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html

Tinggalkan Alkohol Untuk Elak Nyanyuk


Satu lagi tip kesihatan untuk lelaki pertengahan umur dapat mengelakkan mereka daripada nyanyuk ialah dengan meninggalkan atau mengurangkan tabiat mengambil minuman keras. Sekumpulan penyelidik dari Belanda melihat kaitan antara pengambilan alkohol dengan gejala nyanyuk dalam kajian membabitkan hampir 8,000 orang berusia pertengahan umur. Keadaan kesihatan responden diawasi sepanjang tempoh kajian selama enam tahun dan seramai 197 menunjukkan tanda-tanda gejala hilang ingatan, di mana tiga perempat daripadanya mengalami nyanyuk. Mereka yang mengambil minumam keras antara satu hingga tiga kali sehari, menghadapi kemungkinan 42 peratus lebih tinggi mengalami nyanyuk dari mereka yang tidak minum langsung.

http://www.wangcyber.com/forum/health-and-fitness/50970-10-info-untuk-kesihatan-lelaki.html#.UPGasPJBmkU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...