Bentuk Tidak Lurus Tidak Memudaratkan


SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?
MAHUKAN PENJELASAN
Johor Bahru

Keadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan.
Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah.

Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar.

Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar.

Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar ‘mengembang’, ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam.

Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf ‘S’. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri.

Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie.

Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada.

Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.
http://petuapakar.blogspot.com/2011/09/bentuk-tidak-lurus-tidak-memudaratkan.html

Lelaki Maskulin Pada Mata Wanita


Pakaian
Perhatikan kameja kamu yang komot itu, usah manjakan diri sampai malas untuk menseterika baju itu. Dari situ wanita menilai kekemasan seseorang lelaki dalam menjaga penampilan diri mereka.

Cara Berjalan
Lelaki yang jalannya teratur dan tidak kelam kabut pasti akan mencuri tumpuan mata wanita yang memandang.

Tutur Kata
Wanita akan memberikan perhatian ketika lelaki sedang berbicara (berbanding lelaki yang tidak gemarkannya) jadi dari pertuturan yang diucap oleh lelaki, setiap satunya akan dinilai oleh wanita. Tak perlu berlagak, cukup sekadar merendah diri yang tahu apa yang dituturkan.

Bau
Siapa suka dengan bau busuk? Baik lelaki mahupun perempuan, sangat penting menjaga bau badan agar tidak busuk. Jika ada masalah bau badan, cepat-cepat cari jalan penyelesaiannya.
   


Untuk menjadi lelaki maskulin bukan hanya tertumpu pada susuk tubuh yang kekar semata. Wanita mengkategorikan seseorang lelaki itu maskulin berdasarkan pelbagai aspek. Tak perlu menjadi metroseksual cukup sekadar tahu menjaga dan membawa diri ketika berhadapan dengan wanita.



Info : http://www.eh.com.my/artikel/perhubungan/inilah-lelaki/lelaki-maskulin-pada-mata-wanita/

Minum Ais, Kafein Punca Lemah Tenaga Batin?

ADAKAH minuman sejuk seperti ais baik untuk lelaki? Suami gemar minuman sejuk serta berkafein.
Adakah minuman seperti ini memudaratkan alat kelaminnya? Saya dan suami hanya melakukan seks seminggu sekali, dan air maninya hanya sedikit tetapi pekat. Bagaimanakah ia boleh terjadi?
MIA MIRA
Kedah

Minuman sejuk melegakan kehausan. Ini gambaran yang kita dapat setiap kali melihat iklan minuman. Malah, iklan itu tidak dibuat tanpa kajian.

Minuman sejuk juga melegakan keradangan tekak. Tidak hairan jika kita mengalami jangkitan tekak, doktor syorkan minuman sejuk atau aiskrim. Sama juga jika mengalami bengkak atau keradangan sendi atau kecederaan, kita guna ais untuk meredakannya.

Begitupun, minuman sejuk tidak mengganggu ereksi atau melemahkan tenaga batin. Sebenarnya, tiada kaitan antara ais dan tenaga batin seseorang kerana ketegangan dan ereksi lelaki berlaku apabila darah disalurkan kepada zakar. Jadi, tiada sebab mengapa lelaki tidak boleh minum minuman sejuk.

Bercerita mengenai kaffien, ramai tidak tahu kaffein daripada kopi mempunyai kuasa melancarkan darah dalam anggota kelamin secara sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor seperti ‘Viagra’.

Tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki sejak turun menurun. Kopi juga dapat menghindari penyakit nyanyuk atau Alzeimer selain mengandungi antioxiden yang menyegarkan tubuh badan dan nyah penuaan.

Jika suami suka minum kopi atau Nescafe bercampur ais, biarkan saja. Setahu saya, minum kopi sebegitu tidak mengganggu fungsi syahwat.

Mengenai air mani pekat, memang pada mula air mani yang keluar adalah pekat. Beberapa minit kemudian ia menjadi cair untuk memudahkan sperma bergerak aktif.

Kesuburan lelaki hanya boleh diketahui setelah menjalani ujian air mani.
Melihat keadaan air mani sama ada pekat, sedikit atau cair tidak memberi apa-apa makna.

Anda jangan was-was mengenai kesihatan suami. Jika dia gagal dalam hubungan seks, anda harus mencadangkan dia berjumpa doktor, bukan bomoh, tukang urut atau membeli ubat kuat di kaki lima.

Kini semua masalah kesihatan lelaki ada penawar dan boleh dirawati doktor melalui rawatan moden

http://petuapakar.blogspot.com/2011/09/minum-ais-kafein-punca-lemah-tenaga.html.

Saiz Zakar Bukan Ukuran

SAYA berumur 17 tahun dan mempunyai ukuran zakar 7 hingga 8 inci (ereksi), lebih besar daripada rakan sebaya serta melebihi pusat.
Masalah saya ialah ketika ereksi di khalayak ramai saya terpaksa menahan kesakitan kerana zakar tersekat pada pinggang seluar. Selain itu saya juga sukar menumpukan perhatian dan kerap beronani bersama adik dan rakan sebaya.

Teruna rimas
Kuala Lumpur

Anda menghuraikan diri anda sebagai lelaki tulen dengan mengaitkannya dengan saiz zakar yang ‘luar biasa’. Apa yang anda dapat (anggota badan) sama ada kurang atau lebih, semua itu pemberian Allah.

Anggota badan termasuklah alat kelamin adalah amanah Allah dan anda perlu menjaganya dengan baik. Anda perlu menjauhi perkara yang ditegah dalam agama seperti melakukan aktiviti onani tidak kira bersendirian atau bersama rakan, menonton video lucah, melayari atau membaca bahan bacaan lucah.

Bayangkan jika anda ketagih beronani, sudah tentu alat sulit tidak berfungsi dengan sempurna dan berkemungkinan mati pucuk ketika usia masih muda.

Jangan terlalu memikirkan saiz zakar anda kerana ia tidak menandakan anda hebat dalam hubungan kelamin. Ia bukan senjata tetapi lebih berfungsi untuk mengikat kemesraan dengan pasangan apabila berkahwin kelak.

Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda kerana itulah yang akan menentukan kedudukan anda dalam keluarga dan masyarakat.

http://petuapakar.blogspot.com/2011/06/soal-jawab-saiz-zakar-bukan-ukuran.html

8 Piawaian Utama Sebagai Seorang Lelaki Sihat

 

>> Bersemangat penuh, berupaya mengendalikan kehidupan harian dan beban kerja yang sibuk tanpa berasa gemuruh dan letih.
>> Boleh berehat dan tidur dengan baik.
>> Keimunan yang kuat, boleh menentang selsema dan penyakit jangkitan.
>> Ereksi normal pada waktu pagi.
>> Rasa segar dan bertenaga pada waktu pagi
>> Berat badan yang sederhana
>> Optimistik dan agresif, sudi bertanggungjawab
>> Berotot kekar dan kulit anjal.

Elak Beli 'Ubat Kuat' Tanpa Rujukan Pakar Perubatan


PDE5 Inhibitor ialah kumpulan ubat oral yang membantu lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil (mati pucuk) untuk mencapai ereksi. Ia menghalang enzim Phospho Diaterase Type 5 memusnahkan kimia biologik dikenali Cyclic GMP.

Cyclic GMP terhasil dalam otot zakar akibat tindak balas Oxide Nitrik (NO) yang dihasilkan oleh urat saraf yang mengawal zakar ketika lelaki itu terangsang.

Pada masa ini, ubat dalam kumpulan PDE5 Inhibitor ialah satu-satunya bahan kimia yang berpotensi untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil.

Bagaimanapun, ubat ini mampu memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya menghidap tekanan darah tinggi yang sukar dikawal, penyakit jantung yang memerlukan makan ubat mengandungi 'nitrate' dan kencing manis kronik.

Sehubungan itu, penting untuk mana-mana lelaki yang menghidap masalah pencapaian ereksi kronik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana hanya seorang doktor bertauliah dapat memberi rawatan sesuai untuknya.

Ubat dalam senarai PDE5 Inhibitor adalah Sildenafil (Viagra), Tadalafil (Cialis) dan Vardenafil (Levitra) yang mana ubat Sildenafil diperkenalkan lebih awal, sekali gus pengalaman perubatan dengan ubat ini lebih meluas.

Semua ubat yang dijelaskan itu mempunyai kesan sampingan sama. Sebahagian kesan sampingan yang dianggap menyusahkan pengamal berkenaan ialah pening kepala (berat kepala), muka kemerahan dan dahi dan telinga rasa kebas.

Selain itu, pengamal ubat itu akan berasa hidung tersumbat, pernafasan terganggu, jantung berdebar, mata berpusing, sakit otot terutama belakang, gastrik, ruam (rashes), radang pundi kencing, ereksi yang masih kekal selepas bersetubuh (priapisme) dan pengeluaran air mazi yang banyak daripada zakar akibat pepundi dalam salur kencing terangsang.

Pada masa sama, segelintir pengguna pil mengadu mengenai kesan sampingan ringan yang dialami. Jadi, cuba anda bayangkan jika ubat ini digunakan tanpa nasihat dan pemeriksaan doktor?

Sehubungan itu, saya nasihatkan janganlah terlalu teruja untuk membeli 'ubat kuat' tanpa mendapat rujukan pakar perubatan yang sah. Perlu diingatkan, kini banyak ubat tiruan dan juga ubat herba palsu mengandungi 'Viagra' dijual di pasaran gelap.

Ada juga ubat PDE5 Inhibitor yang diimport dari India dan China secara gelap yang mengandungi tahap ubat yang tinggi seperti 500 miligram (mg) yang sangat berbahaya kerana dos tertinggi yang boleh diambil untuk Viagra ialah 100mg.

Jangan bergadai nyawa hanya kerana malu hendak berjumpa doktor dan mengambil jalan mudah dengan membeli ubat daripada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan.

Sekali lagi saya ingin tegaskan, masalah disfungsi erektil adalah satu penyakit yang perlu mendapat pemeriksaan dan rawatan menyeluruh dan bukan sekadar mencuba pelbagai jenis ubat tanpa kita ketahui latar belakang pengeluarnya.

Nasihat saya, biarlah kita mengeluarkan 'sedikit wang' untuk berjumpa doktor atau pakar untuk rawatan masalah gangguan ereksi kerana hasilnya lebih selamat, bukan untuk jangka masa pendek saja seperti ubat tiruan.

http://sakit-tuan.blogspot.com/2012/08/kesan-ubat-kuat.html

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin


Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan jima' di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

http://www.phero-max.com/petua_kesihatan_lelaki.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...