ADAKAH minuman sejuk seperti ais baik untuk lelaki? Suami gemar
minuman sejuk serta berkafein.
Adakah minuman seperti ini memudaratkan alat kelaminnya? Saya dan
suami hanya melakukan seks seminggu sekali, dan air maninya hanya
sedikit tetapi pekat. Bagaimanakah ia boleh terjadi?
MIA MIRA
Kedah
Minuman sejuk melegakan kehausan. Ini gambaran yang kita dapat setiap
kali melihat iklan minuman. Malah, iklan itu tidak dibuat tanpa kajian.
Minuman sejuk juga melegakan keradangan tekak. Tidak hairan jika
kita mengalami jangkitan tekak, doktor syorkan minuman sejuk atau
aiskrim. Sama juga jika mengalami bengkak atau keradangan sendi atau
kecederaan, kita guna ais untuk meredakannya.
Begitupun, minuman sejuk tidak mengganggu ereksi atau melemahkan
tenaga batin. Sebenarnya, tiada kaitan antara ais dan tenaga batin
seseorang kerana ketegangan dan ereksi lelaki berlaku apabila darah
disalurkan kepada zakar. Jadi, tiada sebab mengapa lelaki tidak boleh
minum minuman sejuk.
Bercerita mengenai kaffien, ramai tidak tahu kaffein daripada kopi
mempunyai kuasa melancarkan darah dalam anggota kelamin secara
sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor seperti ‘Viagra’.
Tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki
sejak turun menurun. Kopi juga dapat menghindari penyakit nyanyuk atau
Alzeimer selain mengandungi antioxiden yang menyegarkan tubuh badan dan
nyah penuaan.
Jika suami suka minum kopi atau Nescafe bercampur ais, biarkan
saja. Setahu saya, minum kopi sebegitu tidak mengganggu fungsi syahwat.
Mengenai air mani pekat, memang pada mula air mani yang keluar
adalah pekat. Beberapa minit kemudian ia menjadi cair untuk memudahkan
sperma bergerak aktif.
Kesuburan lelaki hanya boleh diketahui setelah menjalani ujian air
mani.
Melihat keadaan air mani sama ada pekat, sedikit atau cair tidak
memberi apa-apa makna.
Anda jangan was-was mengenai kesihatan suami. Jika dia gagal dalam
hubungan seks, anda harus mencadangkan dia berjumpa doktor, bukan
bomoh, tukang urut atau membeli ubat kuat di kaki lima.
Kini semua masalah kesihatan lelaki ada penawar dan boleh dirawati
doktor melalui rawatan moden
http://petuapakar.blogspot.com/2011/09/minum-ais-kafein-punca-lemah-tenaga.html.